← Back to list
Mangsa doxing digalak buat laporan
Jan 30, 2026
Mangsa doxing digalak buat laporan kepada polis dan SKMM.
Kementerian Komunikasi memaklumkan demikian ekoran peringatan PDRM berhubung trend dedah butiran peribadi individu di media sosial atau secara dalam talian tanpa persetujuan.
Terdahulu, Bukit Aman menegaskan perbuatan sebar, dedah dan papar maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran adalah menyalahi undang-undang dan boleh dihukum penjara!
Pihaknya turut tegaskan prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu dan tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian.
----
Kabinet dijadual berbincang hari ini bagi menentukan hala tuju dasar berhubung cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia kemudian akan dibentang kepada semua Ahli Parlimen untuk perbincangan menyeluruh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan kerajaan akan bentang rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 2 penggal.
----
KTMB memperkenalkan perkhidmatan tren khas edisi Ramadan bagi laluan KL Sentral-Tumpat serta Aidilfitri untuk laluan Pantai Timur dan Utara tahun ini.
Tiket akan mula dijual tengah hari ini bagi bantu orang ramai rancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal dan selesa sepanjang Ramadan serta memudahkan persiapan meraikan Aidilfitri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca