Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Anwar Beri Amaran Keras: Reformasi Segera Atau Diturunkan Pangkat

Jan 29, 2026


Perdana Menteri beri tempoh seminggu kepada pimpinan tertinggi agensi penguat kuasa untuk melakukan pembaharuan bagi atasi kelemahan serius dalam aspek penguatkuasaan.  

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika tidak mereka perlu bersedia diturunkan pangkat ke jawatan lebih rendah.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasaan di Putrajaya, semalam.  

---  

SPRM tahan reman 5 individu bagi bantu siasatan kes rasuah penguat kuasa membabitkan sebuah rangkaian pusat urut terkemuka di Lembah Klang.  

Difahamkan, rangkaian pusat urut berkenaan mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh negara dan dipercayai beroperasi sejak 2023. 

---  

Sementara itu di Putrajaya, 5 individu direman berkaitan kes rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM.  

---  

Kementerian Pendidikan Tinggi akan buat keputusan secara bersama dengan Kementerian Pendidikan berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersepadu, UEC.  

Menurut KPT, ia akan mengambil kira keperluan Bahasa Melayu dan Sejarah yang wajib dipatuhi semua sistem persekolahan di negara ini. 

---  

KPM memaklumkan, pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dilaksana secara dalam talian bermula 15 Februari ini hingga 31 Mac.  

---  

JPJ merekodkan kutipan hampir RM5.6 juta menerusi Ops Tunggak Kenderaan Thailand sejak 2023 hingga tahun lalu. 

---  

Dan di Kota Bharu, seorang warga emas wanita cedera akibat diseret kira-kira 10 meter oleh 2 peragut bermotosikal. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us