← Back to list
Kaedah Pengesahan Had Umur Media Sosial Ditentukan Kelak
Jan 28, 2026
Kaedah Pengesahan Had Umur Media Sosial Ditentukan Kelak
Kaedah pengesahan umur pengguna bagi memastikan golongan berusia 16 tahun ke bawah tidak miliki media sosial akan ditentukan kelak.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata antaranya menggunakan MyDigital ID, kad pengenalan atau passport.
Tambah beliau, ketika ini MCMC sedang jalankan proses medan ujian regulatori dengan penyedia platform media sosial bagi menilai pendekatan teknologi yang sesuai.
Terdahulu, Teo Nie Chng berkata pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial dijangka dikuatkuasakan seawal Julai ini.
Pendaftaran murid tahun bagi 2027 dibuat secara atas talian
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi akademik tahun depan akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian mulai 15 Februari hingga 31 Mac ini.
Menurut KPM pendaftaran boleh dibuat secara terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort umur 6 tahun dan 7 tahun selaras ketetapan baru kerajaan.
Ia sekali gus memudahkan proses kanak-kanak berusia 6 tahun untuk memasuki Tahun 1 mulai tahun depan tanpa perlu duduki sebarang ujian saringan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca