← Back to list
Pemberian SARA RM100 Dikreditkan 9 Februari Ini
Jan 05, 2026
Pemberian SARA RM100 Dikreditkan 9 Februari Ini
96 peratus rakyat Malaysia telah manfaatkan Pemberian Sumbangan Asas Rahmah, SARA RM100 yang berakhir pada 31 Disember lalu.
Perdana Menteri berkata ia melibatkan nilai perbelanjaan lebih RM2.1 billion manakala RM150 juta lagi tidak dibelanjakan rakyat yang layak menerimanya.
Jelas beliau, wang tersebut akan disalurkan kepada pelbagai inisiatif di bawah beberapa Kementerian.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum SARA RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada 9 Februari ini.
Penyaluran SARA Bulanan pula akan bermula Jumaat ini manakala Sumbangan Tunai Rahmah, STR Fasa 1 akan bermula pada 20 Januari.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca