← Back to list
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio diserah kepada Cybersecurity Malaysia
Dec 29, 2025
Bukit Aman akan merujuk kertas siasatan kes tembak mengorbankan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebanyak 45 percakapan dirakam bagi bantu siasatan.
Datuk M Kumar turut berkata rakaman audio yang dikaitkan dengan kejadian itu sudah dihantar kepada CyberSecurity Malaysia bagi tujuan analisis forensik dan pengesahan kesahihan suara.
Terdahulu, tiga penjenayah ditembak mati selepas seorang daripada mereka dikatakan menyerang anggota polis menggunakan parang di sebuah ladang kelapa sawit.
Namun, ahli keluarga menolak dakwaan bahawa ketiga-tiga suspek yang mati itu bertindak ganas dengan menyerang polis.
__
Lebih 4 juta notis saman JPJ masih belum dilunaskan menjelang tarikh akhir diskaun 50 peratus, Rabu ini.
Susulan itu, JPJ galakkan orang ramai yang masih ada saman tertunggak supaya ambil peluang membayar dengan diskaun tersebut sebelum tempoh tawaran tamat.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan umum semua saman yang tidak dijelaskan akan disenarai hitam bermula 1 Januari 2026.
__
Dan, filem 'Papazola The Movie' raih kutipan lebih 40 ribu ringgit menerusi lebih 2.5 juta penonton!
Filem animasi itu cipta fenomena 'Demam Kebenaran', benamkan dominasi filem antarabangsa termasuk 'Avatar:Fire and Ash'.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca