← Back to list
BAP 2026 RM150 disalur bulan depan
Dec 23, 2025
Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026, RM150 secara sekali beri akan diserah kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, awal bulan depan.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan itu meliputi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
Ia bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Penyaluran bantuan itu juga akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan guru dengan ibu bapa bertujuan mengeratkan hubungan dan interaksi.
---
Polis Negeri Sembilan menemukan 3 objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri ekoran kejadian letupan di Desa Palma, Nilai.
Ia susulan orang awam melaporkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu semalam.
Polis juga sedang giat kesan suspek dan orang ramai dinasihat tidak buat sebarang spekulasi yang boleh ganggu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu pula diminta menghubungi pihak berkuasa untuk bantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, polis Negeri Sembilan memeritahu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Rembau hampir selesai.
Pihaknya sedang melengkapkan siasatan untuk diserah kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.
---
Cemburu dipercayai motif serangan sekumpulan lelaki ke atas 2 individu di sebuah kedai makan Permas, Johor, Sabtu lalu dan 8 suspek sudah dicekup polis.
---
Satu sistem Kepintaran Buatan (AI) ciptaan Rusia dilapor telah bantu kesan lebih 120 kanak-kanak hilang dan kenal pasti hampir 3,000 suspek penjenayah di sebuah wilayah di negara itu tahun ini.
Ia hasil algoritma yang menganalisis aliran video daripada ratusan kamera yang dipasang di tempat-tempat awam di wilayah tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca