← Back to list
Jangan Bimbang Hantar Anak Jalani Latihan Ketenteraan
Dec 04, 2025
Jangan Bimbang Hantar Anak Jalani Latihan Ketenteraan
Jangan bimbang untuk hantar anak jalani latihan ketenteraan.
Itu penegasan Angkatan Tentera Malaysia buat ibu bapa susulan kematian pelatih PALAPES, Allahyarham Syamsul Haris yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Jelasnya, kes-kes salah laku ketika latihan merupakan kes terpencil dan tidak menggambarkan keseluruhan budaya dalam pasukan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin mengaku tidak bersalah
Bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas 4 tuduhan rasuah.
Beliau dituduh terima wang tunai dan barangan daripada Albert Tei bagi bantu syarikat milik ahli perniagaan itu dapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Sementara itu, Albert Tei juga mengaku tidak bersalah atas 4 tuduhan beri suapan kepada Datuk Seri Shamsul Iskandar berhubung kelulusan lesen sama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca