← Back to list
Tiada Rombakan Kabinet Besar-besaran
Dec 01, 2025
Tiada Rombakan Kabinet Besar-besaran
Perdana Menteri beri bayangan tiada rombakan Kabinet secara besar-besaran sebaliknya hanya akan mengisi kekosongan beberapa jawatan Menteri.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia ekoran tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi kira-kira 1 setengah tahun saja lagi sebelum penggal itu berakhir.
Sementara itu, beliau akan umum tanggungjawab baru Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Rabu nanti.
Tengku Zafrul akan mengakhiri tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri esok susulan tamat tempoh pelantikannya sebagai Senator.
Barisan kabinet baru Sabah selesai angkat sumpah
10 ADUN selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri Sabah yang baru selepas Pilihan Raya Negeri ke-17.
Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
7 daripada 10 ADUN itu mewakili Gabungan Rakyat Sabah, GRS manakala masing-masing seorang diwakili oleh Pakatan Harapan, UPKO dan Barisan Nasional
Sementara itu, 3 ADUN dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, Datuk Joachim Gunsalam mewakili PBS dan wakil GRS, Datuk Seri Masidi Manjun
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca