← Back to list
Banjir: Kekuatan anggota & aset Bomba mencukupi
Dec 01, 2025
Kekuatan anggota dan aset Bomba mencukupi sekiranya banjir berlaku serentak di banyak negeri ketika musim tengkujuh ini.
Bomba juga bersedia memanjangkan tempoh kerja daripada 12 jam kepada 24 jam sehari bagi memperkukuhkan kekuatan anggotanya.
Menurutnya, pemanjangan syif bekerja akan dilaksana jika keadaan memerlukan agar urusan membantu dan menyelamat mangsa tidak tergendala.
Pihaknya turut memaklumkan, gelombang banjir khususnya di Terengganu masih berada dalam fasa pertama monsun dan episod ke-2 dijangka berlaku sekitar minggu ke-2 bulan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, cuaca baik membantu banjir di 8 negeri beransur pulih.
Kira-kira 14,000 mangsa kini berlindung di PPS dengan sebahagiannya di Perak, Selangor, Perlis, Terengganu dan Pahang.
Sementara itu angka korban akibat banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di 3 negara di Asia Tenggara telah melebihi 500 termasuk 2 di Malaysia, manakala 4 juta penduduk terjejas.
Indonesia, Malaysia dan Thailand dilapor alami kemusnahan berskala besar ekoran ribut tropika yang membawa hujan lebat dan angin kencang selama seminggu.
---
Kementerian Kerja Raya (KKR) kesan sebanyak 145 lokasi infrastruktur awam terjejas di seluruh negara susulan fenomena Monsun Timur Laut sejak awal bulan lalu.
Menterinya berkata, daripada jumlah itu, 63 lokasi melibatkan infrastruktur Persekutuan dan 82 lagi di peringkat negeri, merangkumi pelbagai bentuk kerosakan dan gangguan struktur.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga beritahu, kejadian lubang benam di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh di Melaka berpunca daripada struktur pembetung runtuh
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca