← Back to list
Banjir di Hatyai: 4,000 rakyat Malaysia terjejas
Nov 23, 2025
Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang berada di Hatyai dan kawasan sekitar dilapor terjejas susulan banjir yang melanda wilayah Songkhla, Thailand.
Wisma Putra memaklumkan, setakat semalam semua rakyat Malaysia terbabit selamat kerana kebanyakannya menginap di hotel bertingkat.
Hanya sebahagian kecil mengalami gangguan sementara bekalan elektrik dan akses makanan berikutan gangguan setempat.
Difahamkan, banjir berkenaan dijangka beransur pulih menjelang esok.
Dalam pada itu, NADMA mengarahkan jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk hadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi.
Ia susulan amaran hujan berterusan peringkat buruk serta waspada di 6 negeri.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan sehingga esok.
Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Kelantan juga Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga Rabu.
Sementara itu, jumlah mangsa bencana alam itu di Kelantan meningkat kepada hampir 1,600 orang, dan di Terengganu pula, lebih 260 mangsa ditempatkan di PPS.
Kedah juga mula mencatatkan mangsa banjir apabila hampir 40 penduduk di Kulim dipindahkan ke PPS.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menggalakkan calon SPM di kawasan berisiko banjir supaya tinggal di asrama buat sementara.
Ia bagi memastikan mereka dapat beri tumpuan penuh dan perjalanan peperiksaan tidak terganggu.
---
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi bentuk jawatankuasa khas bagi memastikan keberkesanan serta kestabilan sistem NG MERS 999.
KKM turut beri jaminan akan memastikan semua tindakan pembetulan pelaksanaan platform baru aplikasi dan panggilan kecemasan itu dibuat secara teratur demi keselamatan rakyat.
Pihaknya juga menjelaskan bahawa NG MERS 999 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.25 bilion untuk tempoh 11 tahun.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca