← Back to list
Hanya Premis Capai Standard Tandas Bersih, Layak Dapat Lesen PBT - Kor Ming
Nov 20, 2025
Bermula tahun depan hanya premis yang memiliki tandas bersih akan layak diberi kelulusan lesen perniagaan oleh PBT!
Ujar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia akan mula dilaksanakan secara berfasa dalam usaha kementerian untuk mengangkat imej dan standard tandas di negara ini.
Kata Nga Kor Ming lagi, ia juga sebagai usaha menjadikannya norma nasional khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
---
Dalam perkembangan lain, KPKT memperuntukkan 60 juta ringgit bagi baik pulih rumah daif dan bina kediaman baru untuk ribuan keluarga B40 di seluruh negara pada 2026.
---
Polis telah mengeluarkan lebih 1,100 permit ceramah dan berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Setakat ini juga pihaknya telah terima 17 laporan sepanjang tempoh berkempen, namun tiada insiden serius dilaporkan.
---
Seorang lelaki ditahan kerana rakam video seorang wanita tanpa kebenaran di Pekan Sehari Temerloh dan polis turut jumpa sejumlah video serta foto lucah dalam telefon bimbitnya!
---
Secara purata MCMC terima 27 laporan dan aduan setiap hari berkaitan buli siber sejak Januari lalu, peningkatan ketara berbanding 10 kes sehari sebelum ini.
---
Seorang kanak-kanak warga Rusia maut setelah 5 hari dirawat di hospital akibat disengat ubur-ubur ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi.
---
Akhir sekali, banjir dan ombak besar melanda kem-kem pelarian di Gaza hingga merosakkan khemah, tilam serta selimut sekali gus bawa penderitaan baru kepada penduduk Palestin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca