← Back to list
Hak 40 peratus hasil Sabah: Anwar bentang penjelasan penuh di Parlimen
Nov 12, 2025
Kerajaan Persekutuan akan bentang penjelasan penuh di Parlimen esok mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus hasil Sabah.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan membuat rayuan terhadap kadar 40 peratus itu, namun pihaknya akan buat rayuan terhadap aspek lain.
Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dicapai secara muafakat dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri semalam dan akan mulakan rundingan segera dengan Sabah.
---
Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding sebanyak 55 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung hujung bulan ini.
Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah umumkan 51 senarai calon hari ini manakala bakinya esok.
Sementara itu parti Warisan akan bertanding di semua 73 kerusi DUN Sabah pada PRN kali ini.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) tepis dakwaan pemasangan CCTV di sekolah berasrama penuh bakal dedahkan murid kepada risiko pelanggaran privasi.
Sebaliknya jelas Timbalan Menteri Pendidikan, CCTV hanya akan dipasang di ruang awam yang strategik dan berisiko tinggi seperti kawasan tangga dan koridor serta bilik prep..
Wong Kah Woh berkata sehingga kini, sebanyak 149 daripada 200 sekolah selesai memasang CCTV.
__
Lebih 10 individu termasuk pempengaruh media sosial di Kelantan telah dipanggil dan diberi sesi kaunseling oleh kerajaan negeri.
Ini selepas mereka didapati memuat naik kandungan tidak senonoh di platform media sosial khususnya di TikTok.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca