← Back to list
Musim Tengkujuh bermula Khamis
Nov 11, 2025
Monsun Timur Laut dijangka bermula Khamis ini dan berlarutan sehingga Mac tahun depan.
Menurut MetMalaysia, 5 hingga 7 episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Ia boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
Manakala tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.
Justeru orang ramai dinasihat bersiap sedia dengan sentiasa pantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.
---
Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri jaminan PDRM akan laksana 2 perintah utama yang ditetapkan Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh.
Menterinya berkata, antara arahan mahkamah yang perlu dipatuhi ialah buka semula siasatan kes berkenaan serta membuktikan kewujudan dan keberadaan mereka.
Ujar Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kerajaan tanggung komitmen kewangan tertentu.
---
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keputusan keluar daripada Pakatan Harapan.
Ini selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti itu memutuskan untuk nilai semula hala tuju perjuangan berasaskan prinsip Sabah First.
---
Perdana Menteri memberitahu, keputusan mengenai tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah dijangka dimuktamadkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri hari ini.
Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu rombakan Kabinet tidak termasuk dalam agenda mesyuarat itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca