← Back to list
Isu tuntutan hasil 40% Sabah: Ewon serah surat letak jawatan menteri KUSKOP
Nov 10, 2025
Datuk Ewon Benedick umum letak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan itu dibuat susulan beliau tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung isu tuntutan Sabah terhadap 40 peratus hasil pendapatan negeri.
__
Dua lagi mayat mangsa insiden bot karam di sempadan perairan Malaysia-Thailand berjaya ditemui, awal petang tadi.
Menurut pasukan SAR, ia menjadikan jumlah korban meningkat kepada 15 orang.
Sehingga kini, 13 terselamat, iaitu sembilan lelaki dan dua wanita Myanmar serta dua lelaki Bangladesh dalam insiden itu.
Operasi SAR juga diperluas kepada 250 batu nautika persegi dengan kerjasama agensi tempatan dan pihak Thailand.
__
Dan, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Jitra atas pertuduhan membunuh abang iparnya dengan cara menetak mangsa bulan lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula kes dan proses serahan dokumen.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca