← Back to list
Gempa bumi lemah di Segamat
Nov 04, 2025
Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 dikesan berlaku di Jementah, Segamat kira-kira jam 8 malam tadi.
Menurut MetMalaysia, gegaran gempa tersebut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya.
Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di laman web jabatan itu.
MetMalaysia menambah, pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut dan mengeluarkan maklumat terkini melalui portal rasmi.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Johor memberitahu setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan atau kemalangan jiwa diterima susulan gempa berkenaan.
Pihak berkuasa serta agensi berkaitan juga menjalankan pemantauan lanjut.bagi memastikan keadaan di daerah itu kekal selamat terutama orang awam.
---
Iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang tular di media sosial serta guna nama dan gambar rasmi JPJ disahkan palsu.
JPJ juga tegaskan, penggunaan nama dan gambar rasmi jabatan pada iklan itu semata-mata bertujuan memancing keyakinan orang ramai.
Justeru orang ramai dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dan merujuk atau menghubungi jabatan itu untuk maklumat lanjut.
---
Kementerian Pendidikan Tinggi sudah memulakan persiapan awal dalam hadapi kemungkinan banjir pada hujung tahun.
Peringatan awal serta penyediaan prosedur itu dilakukan setiap tahun, termasuk bagi negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak yang lazimnya berhadapan musim tengkujuh.
Universiti yang terlibat diberi fleksibiliti untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian sekiranya banjir menjejaskan operasi pengajaran di kampus.
---
Perdana Menteri memaklumkan kesihatan beliau beransur pulih serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.
Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang atas nasihat pasukan perubatan kerana sakit belakang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca