← Back to list
PMX Iltizam Sidang Kemuncak ASEAN Berjalan Lancar
Oct 26, 2025
PM Iltizam Sidang Kemuncak ASEAN Berjalan Lancar
Perdana Menteri beriltizam memastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC yang bermula hari ini berjalan dengan lancar.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia penting bagi memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau dan menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.
Dalam pada itu, sejarah tercipta pada persidangan kali ini apabila Timor-Leste secara rasminya jadi negara anggota ke-11 ASEAN.
Kekal waspada hadapi situasi banjir tahun ini
Jangan ambil mudah kemungkinan banjir tahun ini walaupun ramalan MetMalaysia mendapati ia tidak seteruk tahun lepas.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri minta orang ramai berjaga-jaga dengan perubahan cuaca luar jangka yang berlaku di negeri-negeri utara ketika ini.
Jelas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lazimnya luruan hujan ini akan melanda pantai timur tetapi ia berlaku di Perak dan Kedah.
Tambah beliau, NADMA sentiasa memperkukuh koordinasi terutama di kawasan hotspot banjir bagi memastikan kesiapsiagaan hadapi musim Monsun Timur Laut berjalan lancar
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca