← Back to list
DUN Sabah dibubar bagi beri laluan kepada PRN ke-17
Oct 06, 2025
Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini.
Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada sidang media khas hari ini.
Ia sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 dalam masa 60 hari.
__
Kementerian Pendidikan membenarkan 72 sekolah sekitar KL dan Selangor untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah pada 27 dan 28 Oktober ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ia berikutan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Terdahulu, PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober ini dijangka yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.
Ia berikutan penyertaan pelbagai negara bukan Rakan Dialog ASEAN yang mengesahkan kehadiran antaranya Presiden AS, Donald Trump, Perdana Menteri Itali dan Presiden Brazil.
__
Dan, Malaysia berdiri teguh bersolidariti bersama rakyat Palestin serta semua yang memperjuangkan keamanan sejagat.
Perdana Menteri menegaskan pendirian Malaysia terhadap perjuangan Palestin tidak pernah goyah, malah negara ini terus menyokong semua usaha bagi menamatkan penderitaan rakyat Gaza.
Sementara itu, semua 23 aktivis Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla dijangka tiba ke tanah air dalam masa terdekat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca