← Back to list
Global Sumud Flotilla: Semua 23 sukarelawan Malaysia selamat
Oct 03, 2025
Semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla, GSF disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Menurut Wisma Putra, kerajaan sedang ambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan Israel.
Perdana Menteri dan Menteri Luar juga sudah berhubung dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama.
Malaysia turut tegaskan penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut mereka dilayan selaras undang-undang antarabangsa serta dibebaskan segera!
Dalama pada itu, 5 peguam yang juga aktivis undang-undang hak asasi manusia dari Malaysia kini berada di Jordan.
Ia bertujuan memastikan delegasi negara dalam Global Sumud Flotilla yang ditahan rejim zionis dapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.
Mereka akan berurusan dengan peguam The Legal Centre for Arab Minorities Rights in Israel yang berpangkalan di Israel serta peguam antarabangsa untuk proses perundangan.
Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) iktiraf hak berhimpun secara aman yang dijamin Perlembagaan termasuk perhimpunan sokong GSF di depan kedutaan Amerika Syarikat tetapi ia mesti dilakukan secara tertib.
Dalam perkembangan berkaitan, 2 lelaki yang ditahan kerana dilapor halang tugas polis buat kawalan keselamatan dalam perhimpunan itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
---
Hasil bedah siasat ke atas murid Tahun 4 yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Senawang kelmarin sahkan punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher.
Polis Negeri Sembilan turut memaklumkan, setakat ini 27 individu telah dirakamkan keterangan. berhubung kes tersebut.
---
Ketua Menteri Sabah mengadakan pertemuan tertutup dengan Yang di Pertua Negeri petang semalam.
Pertemuan tersebut diadakan di sebalik cakap-cakap pembubaran DUN Sabah namun belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca