← Back to list
Penerima STR Mula Guna BUDI95
Sep 28, 2025
Penerima STR Mula Guna BUDI95
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah, STR boleh mula menikmati inisiatif BUDI MADANI RON95, hari ini.
Mereka merupakan kumpulan kedua selepas kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis yang mula memanfaatkan inisiatif tersebut pada hari pertama pelaksanaannya, semalam.
Menurut Kementerian Kewangan setakat ini sistem BUDI95 juga stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik.
Bagaimanapun kerajaan akan terus pantau sistem pelayan BUDI95 bagi elak sebarang isu transaksi menjelang pelaksanaannya untuk semua rakyat Malaysia yang layak mulai Selasa ini.
Terdahulu, Perdana Menteri berkata kapasiti pelayan atau server BUDI95 jauh lebih besar yang mampu memproses 30,000 transaksi seminit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca