← Back to list
Global Sumud Flotilla: Malaysia rangka langkah kesiapsiagaan
Sep 26, 2025
Malaysia telah rangka langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan 34 rakyat negara ini yang menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan minta bantuan daripada negara berhampiran jika rejim Israel serang delegasi.
Dalam perkembangan berkaitan, Tentera Darat Malaysia sedia sertai sebarang misi pengaman termasuk kemungkinan penugasan ke Gaza jika diminta berbuat demikian.
Namun ujar Panglima Tentera Darat, sebarang penglibatan akan bergantung kepada keputusan kerajaan selain penilaian mengenai keberkesanan serta tahap keselamatan misi itu.
Sementara itu Global Sumud Flotilla (GSF) terima maklumat risikan yang dipercayai sahih mengenai ancaman serangan Israel terhadap flotila mereka dalam tempoh 48 jam akan datang.
Menurutnya, serangan itu dijangka libat penggunaan senjata berat yang berupaya menenggelamkan kapal, mencederakan malah membunuh peserta misi kemanusiaan itu.
Justeru GSF menyeru kerajaan-kerajaan dan badan antarabangsa campur tangan bagi menjamin keselamatan laluan mereka ke Gaza.
Dalam pada itu laporan mengatakan kapal perang Itali dan Sepanyol mengiringi misi tersebut sampai ke zon kuning sahaja.
---
Kementerian Kesihatan (KKM) tepis dakwaan bahawa pemberian vaksin kanak-kanak dan penggunaan paracetamol semasa hamil jadi punca autisme.
WHO juga sudah berulang kali tegaskan tiada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dengan autisme, malah ia terbukti menyelamatkan lebih 154 juta nyawa dalam tempoh 50 tahun lalu.
KKM turut menjelaskan, autisme merupakan spektrum gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal, melibatkan hampir 62 juta orang di seluruh dunia.
Penyebab sebenar pula masih belum difahami sepenuhnya namun dipercayai berpunca daripada faktor biologi, genetik dan persekitaran tetapi bukan vaksin.
Baru-baru ini, Presiden Donald Trump seru wanita hamil elak ambil paracetemol kerana mendakwa boleh melahirkan bayi autisme namun ia kemudian disangkal pakar.
Sementara itu mengenai dakwaan folinic acid mampu rawat autisme, KKM tegaskan bukti saintifik masih terhad dan belum boleh dianggap sebagai rawatan piawai.
---
Perdana Menteri jamin kelancaran pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI95 dengan keupayaan sistem baru yang mampu proses hingga 30,000 transaksi seminit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kapasiti itu dibuat selepas kerajaan ambil iktibar daripada masalah teknikal yang berlaku ketika pelaksanaan SARA sebelum ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca