← Back to list
BUDI MADANI RON95: Hanya untuk Rakyat Malaysia
Sep 22, 2025
Hanya rakyat Malaysia bakal menikmati sepenuhnya BUDI MADANI RON95.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid sifatkannya sebagai langkah yang wajar dilaksanakan.
“Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah ketirisan yang mana melibatkan penggunaan di kalangan bukan warganegara juga syarikat-syarikat yang besar dan sebagainya. Jadi secara umumnya kesan kepada harga baharu RON95 ini sepatutnya akan menterjemahkan kadar inflasi yang lebih terkawal serta kos sara hidup yang juga lebih stabil,” katanya.
Jelas beliau, langkah ini juga membantu kerajaan menjimatkan subsidi bahan api sekali gus seimbangkan perbelanjaan negara.
Sementara itu, BUDI MADANI RON95 adalah hasil keberkesanan dasar subsidi bersasar kerajaan.
Dr Afzanizam berkata usaha ini membantu kerajaan merancang perbelanjaan mengikut keperluan ekonomi semasa.
“Perkara ini dapat meningkatkan kedudukan kewangan kerajaan. Ini akan meningkatkan ruang dasar fiskal kerajaan dan ini memungkinkan kerajaan untuk berbelanja dengan lebih untuk membantu rakyat sekiranya terdapat keperluan untuk melakukan dasar yang sedemikian rupa.”
Tambah beliau, inisiatif lain seperti SARA RM100 adalah usaha kerajaan untuk memastikan setiap rakyat menikmati subsidi dengan adil.
Dr Afzanizam turut memberikan pendapat mengenai kesiapsiagaan kerajaan.
“Kerajaan sebenarnya berada dalam keadaan bersiap siaga. Amalan untuk memastikan perbelanjaan itu sentiasa dilihat dan dinilai supaya tidak berlaku pembaziran adalah satu perkara yang membantu sebenarnya untuk menangani atau menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga baharu subsidi RON95 iaitu RM1.99 seliter bermula 30 September ini.
Justeru masyarakat diminta semak cip MyKad agar berada dalam keadaan baik untuk urusan pengesahan sebelum mengisi petrol.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca