← Back to list
Bomba Bersiap Sedia Kemungkinan Bencana Alam
Sep 16, 2025
Bomba Bersiap Sedia Kemungkinan Bencana Alam
Semua balai bomba seluruh negara bersiap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan susulan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata ia termasuk kemungkinan banjir, tanah runtuh dan bencana alam lain.
Ketika ini, lebih 2,200 mangsa banjir berlindung di PPS.
Majoritinya iaitu lebih 1,800 orang direkodkan di Sabah, manakala selebihnya dicatatkan di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.
Sementara itu, mayat kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Papar, menjadikan jumlah kematian akibat bencana alam itu cecah 13 orang.
Malaysia gesa tindakan tegas ke atas Israel
Malaysia gesa tindakan tegas dan hukuman keras dilaksanakan terhadap Israel termasuk menghentikan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim zionis itu.
Tegas Perdana Menteri, kecaman dan deklarasi semata-mata tidak lagi memadai untuk menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha.
Beliau turut tegaskan Malaysia akan gunakan kesempatan ketika pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN, bulan depan untuk menegaskan pendirian negara dalam isu Gaza dan serangan Israel ke atas Qatar.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca