Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Gempa lemah di Segamat: JKR siap siaga

Aug 31, 2025


Kerajaan melalui agensi berkaitan akan terus pantau situasi semasa berikutan beberapa kejadian gempa bumi lemah di Segamat, Johor. 

Timbalan Perdana Menteri juga minta masyarakat khususnya yang berada di kawasan berkenaan untuk tidak panik, sebaliknya kekal berada dalam keadaan siap siaga. 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seterusnya minta orang ramai melakukan solat hajat dan berdoa agar dijauhkan daripada sebarang kejadian tidak diingini. 

Sementara itu JKR berada dalam keadaan siap siaga 24 jam untuk melakukan sebarang pemeriksaan awal susulan siri gempa bumi lemah yang melanda Segamat. 

Setakat ini pihaknya sahkan terima laporan awal kira-kira 5 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil antaranya Kolej Komuniti Segamat dan Hospital Segamat.  

Timbalan Menteri Kerja Raya juga gesa semua agensi berkaitan untuk nilai semula reka bentuk bangunan di kawasan berisiko dengan ambil kira penggunaan bahan binaan yang mampu serap gegaran. 

Ujar Datuk Seri Ahmad Maslan, Malaysia boleh mendapatkan pandangan pakar luar bagi memastikan piawaian pembinaan lebih kukuh dan selamat pada masa depan.  

--- 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama PDRM lancar Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus bermula hari ini sehingga 16 September.  

Kempen itu hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID, sekali gus memastikan kemudahan ini khusus kepada rakyat Malaysia. 

Sementara itu lebih 14,000 peserta daripada 81 kontinjen ambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya hari ini bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni. 

--- 

Bermula hari ini hingga 31 Disember, 22 juta pemegang MyKad boleh mula membelanjakan bantuan SARA RM100 di lebih 4,100 rakan niaga program itu di seluruh negara.  

Pemberian sekali beri itu adalah untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.  

--- 

Peguam keluarga Allahyarham Syamsul Haris sekali lagi mohon proses inkues kematian pelatih PALAPES UTM itu diadakan.  

Ujar Datuk Naran Singh, ia ekoran bedah siasat kali ke-2 ke atas jenazah menemukan kesan kecederaan mencurigakan yang mungkin menyebabkan kematiannya. 

---  

Murid Tingkatan 3 yang disyaki terjatuh dari tingkat 3 asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, Selasa lalu dilapor masih dirawat di ICU namun kini dalam keadaan stabil.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us