← Back to list
Kes Zara Qairina : Prosiding Inkues Akan Dijalankan
Aug 13, 2025
Kes Zara Qairina : Prosiding Inkues Akan Dijalankan
Prosiding inkues akan dilakukan berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina.
Jabatan Peguam Negara memutuskan perkara itu selepas meneliti laporan siasatan daripada PDRM.
Jelasnya, prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kematian pelajar itu.
Proses tersebut akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara dan permohonan inkues itu akan dilakukan seawal minggu depan.
Dalam pada itu, Datuk M Kumar maklumkan wujud unsur ketidakpatuhan SOP oleh pegawai penyiasat berhubung kes kematian Allahyarham Zara.
Hasil siasatan pasukan petugas khas mendapati pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk prosedur bedah siasat.
Jelas beliau, walaupun ibu atau waris si mati boleh mohon untuk tidak untuk bedah siasat, namun pegawai penyiasat sepatutnya mempunyai hak sekiranya terdapat unsur yang meragukan.
Sementara itu, secara keseluruhan polis telah buka 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu termasuk dakwaan Zara telah dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Susulan itu seorang wanita di Rawang, Selango telah ditahan polis untuk siasatan kes tersebut.
Dalam pada itu, Datuk M Kumar berkata lebih 120 pelajar SMKA Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah dikesan alami trauma akibat insiden itu dan telah jalani proses intervensi.
Ia termasuk elemen psikiatri dan sebagainya untuk memulihkan keyakinan mereka bahawa insiden itu tidak berulang lagi.
Dalam pada itu, semua masjid dan surau kelolaan JAKIM dan JAWI akan mengadakan majlis bacaan Yasin serta solat hajat untuk Allahyarham Zara Qairina selepas solat Maghrib esok.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca