Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Jangan risau hantar anak ke sekolah berasrama

Aug 08, 2025


Kementerian Pendidikan beri jaminan kepada ibu bapa bahawa semua sekolah asrama kendaliannya masih selamat.  

Tegas Menterinya, Fadhlina Sidek, KPM sentiasa mempertingkatkan keselamatan dan menambah baik semua aspek bagi menjadikan sekolah kawasan yang selamat. 

Ia bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan yang mendakwa ramai ibu bapa di Sabah kini fobia untuk hantar anak ke sekolah berasrama ekoran kes buli yang berleluasa.  

--- 

Sistem pembayaran terbuka tol guna teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan bermula Oktober.  

Sebagai permulaan, sistem itu akan diuji di 13 plaza tol membabitkan 35 lorong sebelum diperluas secara berperingkat ke keseluruhan jajaran PLUS. 

Ia membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong sedia ada tanpa perlu berhenti, sekali gus menjanjikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel. 

Pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran. 

--- 

Rang Undang-Undang Pekerja Gig yang bertujuan iktiraf dan lindungi pekerja gig secara sah, dijangka dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama 14 Ogos ini. 

Sekiranya ia jadi kenyataan, Malaysia akan jadi negara ke-16 di dunia yang melaksanakan undang-undang melindungi pekerja sektor gig. 

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan sedang laksana kempen kesedaran untuk memastikan lebih ramai pekerja gig sertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah PERKESO.  

Ia berikutan kadar penyertaannya yang masih rendah iaitu 320 ribu daripada 1.1 juta pekerja dalam sektor ekonomi berkenaan.  

--- 

Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di Seremban akan mula beroperasi bulan depan yang juga fasiliti pertama di negara ini yang tawar perkhidmatan kepakaran pergigian di luar hospital. 

Ia turut menjadi pusat sehenti bagi perkhidmatan kepakaran pergigian di Negeri Sembilan, Putrajaya dan Melaka. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us