← Back to list
KPM tidak akan melindungi sesiapa dalam kes kematian Zara Qairina
Aug 04, 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) beri jaminan tidak akan melindungi sesiapa dalam kes kematian murid Tingkatan 1, Zara Qairina.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya beri sepenuh perhatian kepada kes itu dan tindakan akan dilakukan berdasarkan hasil siasatan polis.
Perdana Menteri juga beri jaminan tiada perlindungan diberi kepada mana-mana pihak termasuk pelaku kes kematian murid berkenaan yang dikaitkan dengan insiden buli.
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kematian dengan cara itu bukan perkara yang dipandang ringan dan mahu siasatan mendalam dilaksanakan pihak berkuasa dengan segera.
Allahyarhamah Zara Qairina meninggal dunia hampir 20 hari lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang tunggu laporan hasil siasatan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson, Jumaat lepas.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, ia isu besar yang telah berkali-kali diingatkan kepada semua pihak mengenai kepentingan dan sensitiviti bendera negara.
Terdahulu, media melaporkan sekolah tersebut telah mohon maaf secara terbuka.
---
Pendidikan prasekolah yang akan diwajibkan pada umur 5 tahun sudah selesai di peringkat dasar.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), pihaknya akan teliti dari sudut teknikal sebelum ia dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
KPM juga akan mengumumkan kelak sama ada akan berlaku atau tidak pergerakan usia Tahun 1 bermula 6 tahun dan calon SPM pada umur 16 tahun susulan dasar tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca