← Back to list
Kenderaan Berat Wajib Ada Peranti Had Kelajuan
Jul 30, 2025
Kenderaan berat yang tidak dilengkapi peranti had kelajuan dilarang berada di atas jalan raya.
Ujar Menteri Pengankutan, penguatkuasaannya akan dilakukan secara berfasa dan bagi Fasa 1 ia akan bermula 1 Oktober nanti.
Tegas Anthony Loke, penguatkuasaan itu amat penting bagi kawal kelajuan kenderaan berat dan kurangkan risiko kemalangan maut khususnya melibatkan bas dan lori.
---
Bomba serah kepada kebijaksanaan Jabatan Peguam Negara untuk proses selanjutnya bagi kes laporan palsu kehilangan pempengaruh permotoran 14 Julai lalu.
Pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Majistret Muar namun situasinya berbeza kerana kes itu bukan sekadar panggilan palsu ekoran anggota dan aset telah digerakkan.
Sebelum itu, Peguam Negara memaklumkan pihaknya akan teliti semula keputusan mahkamah berhubung kes terbabit memandangkan hukuman yang dikenakan dianggap terlalu ringan.
---
Polis sahkan punca kematian kanak-kanak yang mayatnya dijumpai ditanam dalam belukar di Jempol, Negeri Sembilan selepas dilaporkan hilang di JB baru-baru ini adalah kerana dibunuh.
Motif pembunuhan mangsa pula sedang dikenal pasti kerana bapanya yang kini direman belum mahu beri kerjasama.
---
Perdana Menteri Britain beri amaran UK akan iktiraf Palestin di PBB September ini, kecuali Israel akhiri keganasan di Gaza dan sokong penyelesaian 2 negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Amerika Syarikat nyatakan Washington menghormati dan tidak halang hasrat Britain iktiraf Palestin.
Sementara itu jumlah korban serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 sudah melebihi 60,000 orang termasuk lebih 1,000 maut dibunuh rejim zionis ketika cuba mendapatkan bantuan makanan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca