← Back to list
Kerajaan Pertimbang Larang Budak Bawah 13 Tahun Ada Media Sosial
Jul 29, 2025
Kerajaan Pertimbang Larang Budak Bawah 13 Tahun Ada Media Sosial
Kerajaan sedang pertimbang cadangan untuk melarang kanak-kanak bawah 13 tahun mempunyai akaun media sosial.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi yang berumur 13 tahun ke atas pula modul literasi digital perlu diberikan agar mereka fahami pelbagai maklumat sedia ada.
Sementara itu, penyedia perkhidmatan katanya telah menurunkan kira-kira 1,400 kandungan jelik dan melampau babitkan kanak-kanak susulan permohonan daripada MCMC.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Akta Keselamatan Dalam Talian dijangka dapat diguna pakai dan dikuatkuasakan hujung tahun ini.
Pemansuhan tol bukan mudah untuk dilaksanakan
Bukan mudah untuk mansuhkan tol.
Jelas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ia terutamanya mengambil kira implikasi dana besar yang terpaksa ditanggung kerajaan.
Bagaimanapun langkah menurunkan kadar tol katanya mungkin lebih realistik, tertakluk kepada kedudukan syarikat konsesi lebuh raya.
Sementara itu, kerajaan tanggung kos pampasan lebih setengah bilion ringgit kepada syarikat konsesi ekoran keputusan untuk tangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya tahun ini.
Namun menurut Datuk Seri Alexender, langkah itu bakal beri manfaat kepada lebih 900,000 pengguna di lebuh raya berkenaan.
Minggu lalu, Perdana Menteri umum penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca