← Back to list
KPM Bentang RUU Mewajibkan Pendidikan Menengah
Jul 29, 2025
Kementerian Pendidikan (KPM) telah bentang rang undang-undang yang akan mewajibkan pendidikan sekolah menengah.
Bacaan kali ke-2 dan ke-3 dijangka juga dilakukan dalam persidangan kali ini bagi memastikan rang undang-undang itu dapat diluluskan secepat mungkin.
Ia bakal menyaksikan ibu bapa atau penjaga yang gagal mematuhinya akan berdepan denda maksimum RM5,000 dan penjara hingga 6 bulan.
---
Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Muar ke atas seorang pempengaruh permotoran dan adiknya kerana buat laporan palsu.
Ia susulan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 yang dikenakan dianggap terlalu ringan untuk cegah orang lain melakukan kesalahan serupa.
Sebagai rekod, pempengaruh itu dilaporkan hilang selepas keretanya ditemui di sebatang sungai di Muar.
Laporan tersebut bagaimanapun didapati palsu kerana dia sebenarnya melarikan diri ke Thailand dan adiknya didapati bersubahat.
---
Amerika Syarikat puji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menjayakan rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja.
Rundingan damai tersebut berjaya capai kata sepakat untuk menghentikan konflik sempadan 2 negara berkenaan mulai tengah malam tadi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca