← Back to list
Kerajaan Jamin Harga Barang Tak Naik
Jul 25, 2025
Kerajaan Jamin Harga Barang Tak Naik
KPDN beri jaminan tiada kenaikan harga barang susulan pelaksanaan bantuan tunai RM100 melalui program SARA.
Pihaknya akan terus lakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi elak sebarang penyelewengan atau cubaan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
Jelasnya, bantuan SARA hanya untuk pembelian barangan keperluan khusus yang kebanyakannya barang kawalan dan ia boleh dibeli di lebih 4,000 premis berdaftar seluruh negara.
KPDN dalam pada itu akan tingkatkan pemantauan di stesen minyak bagi elak ketirisan dan penyalahgunaan subsidi susulan penyasaran harga petrol RON95.
Bantuan SARA RM100 dan penurunan harga RON95 antara insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Rabu lalu.
Jerebu : Pelajar di Selangor boleh tidak hadir ke sekolah
Ibu bapa yang bimbang kesihatan anak mereka terjejas susulan jerebu di Selangor dibenarkan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
Menurut kerajaan negeri, ibu bapa bagaimanapun perlu maklumkan ketidakhadiran anak masing-masing kepada pihak sekolah.
Setakat ini, tiada kes penyakit yang dikaitkan dengan fenomena jerebu dilaporkan di Selangor dan tiada kes strok haba direkodkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca