← Back to list
Program motivasi kontroversi: Polis sahkan ada aktiviti lucah
Jul 16, 2025
6 individu direman berkaitan kes program motivasi rumah tangga yang didakwa bertentangan dengan ajaran Islam serta selit unsur lucah dan tidak bermoral.
Menurut polis Selangor, antara yang ditahan adalah pasangan suami isteri yang merupakan pengasas program kontroversi tersebut.
Pihak berkuasa juga sahkan terdapat aktiviti lucah oleh beberapa individu dalam program terbabit.
Setakat ini 30 peserta program itu sudah beri keterangan manakala 20 lagi diminta turut tampil membantu siasatan.
---
Lebih 2,400 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Hasil kajian pula menunjukkan suri rumah merupakan golongan paling tinggi jadi mangsa kes keganasan berkenaan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut memaklumkan, mangsa bukan sahaja alami penderaan fizikal malah emosi, dan pelaku biasanya orang terdekat.
---
PDRM secara rasmi ambil alih peranan menerajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia sebagai langkah strategik memperkukuh respons terhadap jenayah penipuan yang kian membimbangkan.
Sebelum ini, tiada agensi tunggal menerajui NSRC secara jelas, meskipun ia libat kerjasama pelbagai pihak seperti Bank Negara, SKMM dan Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NGCC).
Dalam perkembangan lain, KDN mengakui keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penganjur tidak lagi wajib memaklumkan polis sebelum mengadakan perhimpunan, meletakkan pihak berkuasa dalam keadaan sedikit sulit.
Jelasnya ia menyebabkan PDRM tidak dapat buat persediaan awal termasuk kenal pasti jumlah peserta namun menghormati keputusan berkenaan.
---
SPRM buat permohonan maaf kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock susulan genap 16 tahun kematian beliau di premis SPRM Selangor.
Pihaknya juga komited memperbaiki kelemahan dan raih kepercayaan rakyat termasuk termasuk jaga kebajikan dan keselamatan individu yang hadir bantu siasatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca