← Back to list
Reformasi Kesihatan Digital Negara Rancak
Jul 17, 2025
Reformasi Kesihatan Digital Negara Rancak
Proses reformasi kesihatan digital negara kini sedang rancak dijalankan.
Menteri Kesihatan berkata ia antaranya menyaksikan lebih 150 klinik kesihatan dilengkapi dengan sistem pengurusan digital berasaskan awan.
Jelas Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ia membolehkan 70 peratus pesakit dilayan dalam tempoh kurang daripada 30 minit.
Kementerian Kesihatan dalam pada itu turut jalin kerjasama strategik dengan Google untuk menggunakan AI bagi tangani cabaran kesihatan utama negara.
Golongan profesional antara peserta program motivasi songsang
Golongan profesional dan penjawat awam antara 50 peserta dipercayai terlibat dalam program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang dan terpesong.
Ketua Polis Selangor berkata pihaknya ada senarai mereka yang hadir dan menyeru semua individu terlibat tampil memberikan kenyataan atau berdepan tindakan tegas.
Setakat ini, 30 individu telah dirakam percakapan dan 6 individu termasuk pengasas program itu direman untuk siasatan lanjut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca