← Back to list
Helikopter PDRM Mendarat Cemas Di Sungai Pulai
Jul 10, 2025
Helikopter PDRM Mendarat Cemas Di Sungai Pulai
5 individu termasuk juruterbang terselamat apabila sebuah helikopter PDRM mendarat cemas di Johor, pagi tadi.
Insiden berlaku ketika ia sedang jalani latihan berhampiran Sungai Pulai.
Menurut Ketua Polis Negara, 2 daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan manakala selebihnya stabil.
Siasatan lanjut berkaitan insiden itu akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat – Istana Negara
Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting.
Tegas Istana Negara, ia perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan tanpa dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Ia secara jelas menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.
Terdahulu, ada beberapa pihak gesa kerajaan beri perhatian segera terhadap isu pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca