← Back to list
Tanah jerlus Masjid India: Laporan penuh dibawa ke Kabinet selewatnya akhir tahun
Jul 03, 2025
Laporan penuh berkaitan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang sudah menerima laporan penuh kejadian itu.
Ogos tahun lalu, seorang pelancong warga India jatuh terjerumus ke dalam lubang sedalam lapan meter di lokasi berkenaan.
__
Siasatan kebakaran paip gas di Putra Heights dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Selangor.
Menteri Besar jelaskan kerajaan hanya bertindak sebagai satu daripada lebih 200 saksi dalam siasatan insiden berkenaan.
Tambah Datuk Seri Amirudin Shari, fokus ketika ini adalah supaya Jawatankuasa Khas meneliti laporan dan mencadangkan langkah tertentu kepada kerajaan negeri.
Terdahulu, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru menggesa kerajaan menyemak semula keputusan laporan, selain melantik badan penyiasat bebas bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus.
__
Tiga suspek kes bunuh penuntut wanita universiti swasta di Cyberjaya bulan lalu disambung reman tujuh hari.
__
Seorang pemandu bot yang terbabit dalam tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian mengaku bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.
__
Dan, Astro AWANI diiktiraf sebagai jenama berita paling dipercayai rakyat Malaysia untuk tahun kelapan berturut-turut.
Ia berdasarkan Reuters Institute Digital News Report 2020 diumumkan bulan lalu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca