Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Isu PK Battle: MCMC Minta Penjelasan TikTok

Jul 01, 2025


MCMC akan bertemu pihak pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan susulan peningkatan kebimbangan para ibu bapa terhadap trend PK Battle.  

Ujar Menteri Komunikasi, ia termasuk kebimbangan mengenai jumlah wang yang dibelanjakan golongan muda bagi beli hadiah dalam aplikasi tersebut semata-mata untuk menyertai trend itu. 

Menurut Datuk Fahmi Fadzil lagi, fenomena seumpama itu merupakan salah satu sebab kerajaan tidak mahu golongan muda khasnya bawah umur memiliki akaun media sosial.  

Jelas beliau, kerajaan komited dalam melindungi golongan bawah umur daripada terdedah kepada kandungan media sosial yang tidak sesuai. 

Dalam perkembangan lain, Kementerian Komunikasi sahkan sambutan Hari Malaysia tahun ini akan diadakan di Butterworth, Pulau Pinang. 

--- 

Hari ini bermulanya peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)

Ia meliputi 6 jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.  

Ia turut melibatkan 3 pindaan utama ke atas SST antaranya pengecualian cukai jualan ke atas buah-buahan import terpilih seperti kurma, epal dan oren.  

Tujuannya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan majoriti rakyat. 

Selain itu, bermula hari ini juga hampir 27 juta pengguna domestik di Semenanjung nikmati kadar tarif elektrik lebih adil dan progresif.  

Ia menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baru meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan.  

Dalam perkembangan lain, bermula hari ini pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan untuk pemandu dan penumpang bas ekspres dan bas persiaran yang dibina selepas Januari 2020.  

---  

Selangor akan tubuh jawatankuasa khas bagi mencadangkan pembaharuan undang-undang susulan pembentangan laporan punca letupan di Putra Heights, semalam.  

Menurut kesimpulan jawatankuasa siasatan, punca utamanya adalah bebanan berterusan dalam tanah dan ia tidak melibatkan sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us