← Back to list
MOTAC Beri Amaran Keras Kepada Pengendali Pelancongan
Jun 30, 2025
Agensi pelancongan dan pengusaha bot yang terlibat kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian didapati langgar peraturan serius.
Kementerian Pelancongan berkata ini termasuk beroperasi dengan lesen tamat tempoh, gagal pastikan penumpang pakai jaket keselamatan dan tekong bot didapati positif dadah.
Pihaknya turut beri amaran keras kepada pengendali pelancongan agar tidak abai keselamatan demi keuntungan kerana ia boleh jejaskan reputasi negara dan industri pelancongan.
......
Kementerian Dalam Negeri sahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rangkaian militan warga Bangladesh yang dikaitkan dengan fahaman IS.
Pihaknya berkata siasatan mendapati kumpulan itu hanya melibatkan warga Bangladesh dengan motif menggugat kerajaan asal mereka.
.....
Lima pelajar di sebuah MRSM di Terengganu yang direman dalam kes buli pelajar dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis berkata siasatan kes berkenaan hampir selesai dan 2 lagi pelajar yang direman akan dibebaskan hari ini.
......
Polis gesa wanita yang tular mencuri telefon di Cheras supaya tampil menyerah diri susulan paparan wajahnya sedang tular di media sosial ketika ini.
......
JPJ akan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran berkuat kuasa esok.
......
Dua ADUN Sabah dan seorang ahli perniagaan yang disyaki terlibat skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu akan didakwa hari ini.
.....
Dan satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Turkiye yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga individu dirawat akibat terhidu asap.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca