← Back to list
3 suspek direman 7 hari bantu siasatan kes bunuh pelajar wanita di Cyberjaya
Jun 27, 2025
Tiga suspek direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar sebuah universiti di Cyberjaya.
Ketua Polis Sepang berkata ketiga-tiga suspek berusia 19 dan 20 tahun itu dipercayai kenalan mangsa.
Terdahulu, wanita berusia 20 tahun berasal dari Sarawak itu ditemui maut dengan kesan kecederaan, dipercayai dibunuh di sebuah kediaman disediakan oleh pihak universiti.
Polis turut mengesahkan tiada unsur rogol terhadap mangsa dalam kes berkenaan
Hasil bedah siasat mendapati kematian itu adalah disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian kepala.
__
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Beliau mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengumumkan peletakan jawatan, baru-baru ini.
__
Enam pelajar sebuah MRSM di Terengganu dibuang serta-merta selepas didapati terbabit dalam kejadian buli fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Dua, baru-baru ini.
__
Dan, Sultan Selangor bertitah agar umat Islam menjadikan tahun baharu Hijrah sebagai medan perbaharui tekad untuk menjadi muslim lebih baik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca