← Back to list
PLKN: MKLN beri kelonggaran tahun ini
Jun 25, 2025
Syarikat penerbangan diarah sedia langkah mitigasi kepada penumpang susulan penutupan ruang udara di beberapa negara di Timur Tengah.
Menurut Kementerian Pengangkutan, ia susulan beberapa penerbangan dibatalkan dan terpaksa berpatah balik sejak kelmarin berikutan ketegangan konflik Iran-Israel.
Terdahulu, puluhan jemaah umrah dilapor terkandas di KLIA ekoran penutupan ruang udara di beberapa negara Teluk susulan serangan Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa negara Teluk termasuk Qatar dan UAE diberitakan telah buka semula ruang udara masing-masing.
---
Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) beri kelonggaran pada belia yang tidak mahu menghadiri PLKN tahun ini.
Namun pengerusinya memaklumkan, tindakan tegas iaitu undang-undang akan dikenakan bermula tahun depan.
Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata belia yang terpilih tidak wajar tolak tawaran sebab PLKN kini hanya ambil masa 45 hari berbanding 3 bulan sebelum ini.
---
Perdana Menteri lancar Pelan Tempatan KL 2040 yang akan jadi permulaan kepada rombakan menyeluruh dalam perancangan pembangunan ibu negara bagi tempoh 15 tahun akan datang.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara fokus utama pelan itu ialah pengangkutan awam yang akan jadi teras kepada pembangunan ibu kota pada masa hadapan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca