Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Mohd Khalid Ketua Polis Negara Baru

Jun 20, 2025


Wisma Putra sedang memuktamadkan usaha untuk bawa pulang rakyat Malaysia di Iran susulan konflik bersenjata Tehran-Tel Aviv.  

Rakyat Malaysia yang telah bersetuju meninggalkan Iran dijangka berlepas dari Tehran lewat hari ini.  

Mereka akan melakukan perjalanan melalui darat ke negara jiran Turkmenistan susulan penutupan ruang udara Iran.  

Semua rakyat Malaysia yang dipindahkan akan tinggal selama 2 hari di Turkmenistan sebelum di bawa pulang ke tanah air. 

Sementara itu Presiden Amerika Syarikat beri tempoh tambahan 2 minggu bagi usaha diplomatik sebelum buat keputusan untuk lancar atau tidak serangan ketenteraan terhadap Iran.  

Menurut Donald Trump, ini kerana mungkin wujud ruang rundingan dengan Tehran berhubung ketegangan yang semakin memuncak akibat tindakan Israel serang Iran.  

Dalam pada itu menurut satu tinjauan di Amerika Syarikat, majoriti rakyat menentang campur tangan kerajaan mereka dalam konflik Israel-Iran.  

---

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru. 

Beliau menggantikan Tan Sri Razarudin Hussain yang akan menamatkan kontraknya Ahad ini. 

Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Majis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di PULAPOL tadi. 

Terdahulu, PDRM mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 8 pegawai kanannya berkuat kuasa 21 Julai depan termasuk 3 Ketua Polis Negeri yang akan ke Bukit Aman.  

--- 

Mahkamah Tinggi KL melepaskan tanpa membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International. 

Hakim memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan bekas Perdana Menteri itu. 

Minggu lalu, peguamnya mohon Datuk Seri Najib dilepas tanpa dibebaskan atas alasan tuduhan itu sudah ambil masa selama 6 tahun dan sudah tertangguh terlalu lama. 

Sebagai rekod, bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang jalani hukuman penjara sejak Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan dalam satu lagi kes seleweng dana milik SRC International.

--- 

Skim insurans kesihatan yang dicadangkan kerajaan melalui Akaun Dua KWSP adalah bersifat sukarela, bukannya wajib. 

Menurut KKM, ia bagi beri pilihan kepada pencarum yang ingin pelan perlindungan insurans lebih meluas. 

Ia memandangkan ketika ini 32 peratus kos penjagaan kesihatan dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans. 

---  

Perdana Menteri mengarahkan semua jabatan kerajaan tidak guna barangan import, terutama makanan dalam acara rasmi. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan sekali gus membantu ekonomi negara. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us