← Back to list
Pemeriksaan Keselamatan Mega Terhadap Kenderaan Awam & Perdagangan
Jun 12, 2025
JPJ akan laksana Pemeriksaan dan Audit Keselamatan secara besar-besaran terhadap kenderaan awam dan perdagangan.
Menteri Pengangkutan berkata, sebelum ini ia dibuat secara berkala dan rambang, khususnya ke atas kenderaan yang terlibat kemalangan.
Ujar Anthony Loke, operasi dan lesen akan digantung jika syarikat pengendali tidak mematuhi audit tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, kerja-kerja menaik taraf laluan di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli akan dilaksanakan mengikut keperluan berdasarkan syor dalam laporan penilaian.
Ujar Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, penilaian di laluan itu dijalankan selama 2 bulan yang tamat 13 Mei lalu.
2 menteri itu memaklumkan demikian selepas tinjau lokasi kemalangan dan keadaan kenderaan yang terlibat nahas yang meragut nyawa 15 penuntut UPSI, Isnin lalu.
Sementara itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi siasat peningkatan nahas melibatkan kenderaan berat terutama bas.
CAP juga saran perjalanan bas ekspres pada larut malam diharamkan kerana berisiko tinggi ekoran keletihan pemandu dan fenomena microsleep.
Pihaknya kemuka cadangan tersebut ekoran nahas bas bawa penuntut UPSI di Gerik, Isnin lalu yang meragut 15 nyawa.
---
Perdana Menteri memaklumkan kerajaan sedang pertimbang tangga gaji minimum 3,000 ringgit bagi lulusan TVET!
Kerajaan juga sedang pertimbang cadangan untuk naik taraf Majlis TVET Negara menjadi suruhanjaya bagi memperkasakan lagi pendidikan dalam bidang itu.
---
Polis Melaka tahan seorang remaja lelaki kerana dipercayai bunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian di rumah mereka pagi tadi.
Calon SPM itu dipercayai melakukan perbuatan kejam itu disebabkan tertekan sering dipaksa belajar untuk dapat keputusan cemerlang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca