← Back to list
Nahas Penuntut UPSI: Pemandu Bas Dinasihat Tak Keluar Kenyataan
Jun 11, 2025
Pemandu bas yang terlibat nahas meragut nyawa 15 penuntut UPSI dinasihatkan berhenti mengeluarkan kenyataan kepada media.
Menurut polis Perak, negara ini membenarkan kebebasan bersuara, namun lelaki berkenaan diminta tidak berbuat demikian sehingga keterangannya dirakam.
Ini kerana kenyataan terbuka yang dibuat pemandu tersebut boleh ganggu siasatan.
Polis juga akan ambil keterangannya selepas dia selesai jalani rawatan di hospital.
Sementara itu setakat ini 18 saksi telah beri keterangan termasuk mangsa yang terselamat dalam nahas terbabit.
Pemandu kenderaan yang juga pemilik dashcam yang rakam detik-detik nahas juga sudah beri keterangan.
---
‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Hari Malaysia di Pulau Pinang.
---
Kerajaan Pahang mengharamkan sebarang bentuk penjualan rokok elektronik atau vape di negeri itu selepas penggunaannya telah difatwakan haram sejak 2016.
Ia dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri 14 Mei lalu dan telah dapat perkenan Sultan Pahang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca