Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Hujan Lebih Lama Ekoran Angin Barat Kencang

Jun 06, 2025


Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin barat kencang dijangka bertiup memasuki rantau negara pada 8 hingga 12 Jun ini.  

Menurut MetMalaysia, ia berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang di utara Semenanjung.  

Justeru orang awam dinasihatkan untuk sentiasa rujuk media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia bagi maklumat terkini dan sahih. 

--- 

Kabinet memutuskan syarikat dan perniagaan makanan serta minuman mikro dibenar terus menggunakan tong gas LPG bersubsidi biarpun tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual.  

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan, ia dibenarkan sehingga pindaan baru kepada Peraturan Kawalan Bekalan dimuktamadkan Oktober depan.  

Jelas Datuk Armizan Mohd Ali, pindaan itu nanti akan mengambil kira keperluan peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil.  

--- 

Kementerian Pengangkutan mengumumkan perkhidmatan Aerotrain KLIA bakal beroperasi semula tidak lama lagi.  

Menurutnya, petugas media akan dibawa merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan itu pada minggu depan sebelum dibuka kepada umum. 

Sementara itu KTMB telah terima 2 daripada 10 set tren baru bagi perkhidmatan ETS yang dijangka memulakan operasinya secara berperingkat tahun depan. 

Ia untuk laluan Gemas-Johor Baharu serta laluan baru melibatkan Johor Baharu-Butterworth-Padang Besar.  

Dalam satu lagi perkembangan, KTMB memaklumkan lebih 130,000 tiket ETS termasuk tiket tambahan sempena perayaan Aidiladha telah habis dijual.  

Perkhidmatan tren khas sempena Aidiladha bagi laluan KL Sentral-Tumpat juga diteruskan tahun ini untuk perjalanan yang bermula semalam hingga hujung minggu ini.  


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us