← Back to list
Keputusan SPM 2024 Diumumkan Hari Ini
Apr 24, 2025
Calon-calon SPM 2024 boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula 10 pagi ini.
Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi menduduki peperiksaan.
Kementerian Pendidikan (KPM) juga memaklumkan, majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan di sekolah perlu melibatkan semua calon, bukan hanya murid yang raih keputusan cemerlang.
Tegasnya, semua calon perlu diraikan atas kerja keras mereka dan sumbangan kepada pencapaian keseluruhan sekolah.
---
15 individu di KL didenda RM800 hingga RM3,500 kerana beri maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Individu berusia 50 hingga 70 tahun itu dilapor mengaku berbuat demikian untuk mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara antara sebulan hingga 5 bulan jika gagal bayar denda.
Di KL juga, seorang wanita dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 kerana kemuka maklumat palsu berkenaan pengesahan kelahiran bayi.
---
Perbuatan hantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang.
Kementerian Perpaduan kemuka gesaan itu selepas seorang pelanggan mendakwa terima mesej sedemikian daripada seorang penghantar makanan.
---
Presiden Palestin beri amaran, rakyatnya kini berdepan keadaan yang menyerupai satu lagi Nakba, sekali gus mengancam kewujudan dan perjuangan nasional mereka.
Mahmoud Abbas juga menegaskan, operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat ketika ini adalah satu keganasan terancang dan sama seperti serangan rejim zionis ke atas Gaza.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca