← Back to list
Tangguh Perjalanan Ke Kashmir
Apr 23, 2025
Tangguh Perjalanan Ke Kashmir
Rakyat Malaysia di Kashmir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan patuhi arahan pihak berkuasa di sana.
Ia susulan insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 nyawa.
Wisma Putra juga menasihati orang ramai agar tangguh perjalanan yang tidak penting ke wilayah terbabit buat sementara waktu.
Pihaknya turut sahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden serangan di destinasi pelancongan popular India itu.
Jangan buang sampah ke dalam longkang
DBKL gesa semua warga kota agar tidak membuang sampah ke dalam longkang dan parit.
Pihaknya turut minta orang ramai segera melaporkan sebarang halangan saliran untuk tindakan segera.
Ini kerana menurut DBKL, banjir kilat di beberapa lokasi sekitar ibu kota susulan hujan lebat kebelakangan ini antaranya berpunca daripada sistem saliran beroperasi pada kapasiti maksimum.
Bagaimanapun, hasil tindakan segera DBKL antaranya menerusi kerja-kerja pembersihan sampah dan daun kering, air bertakung berjaya disurutkan sepenuhnya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca