← Back to list
Kebakaran Paip Gas: Pemeriksaan Rapi dan Penilaian Keselamatan Akan Dibuat
Apr 02, 2025
Kira-kira 100 orang mangsa mendapat rawatan di hospital susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor.
Ketua polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mereka ditempatkan di beberapa buah hospital termasuk di Hospital Serdang, HKL dan Hospital Sungai Buloh.
Beliau turut maklumkan tahap keselamatan rumah yang terlibat insiden kebakaran itu akan diperiksa sebelum penghuni dibenarkan pulang.
Dalam perkembangan lain, kebarangkalian untuk berlaku letupan susulan akibat kebakaran saluran paip gas berkenaan adalah sangat rendah.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata ini disebabkan tiada aliran gas dikenal pasti selepas penutupan empat injap utama saluran itu.
Sementara itu, Perdana Menteri umum bantuan kewangan segera kepada mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran terbabit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu adalah untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.
Tambah beliau, kerajaan dan beberapa pihak akan ambil tanggungjawab baik pulih kawasan perumahan terjejas namun ia dijangka mengambil masa.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut maklumkan laporan awal insiden kebakaran saluran paip gas terbabit dijangka siap dalam tempoh 72 jam.
Terdahulu, satu kebakaran besar berlaku di kawasan Putra Heights, Selangor pada pagi semalam yang menyaksikan api melonjak setinggi 40 hingga 50 meter.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca