← Back to list
Segera Bantu Mangsa Banjir - PM
Mar 26, 2025
Perdana Menteri arahkan semua pihak terlibat agar segera turun padang bagi membantu pengurusan pascabanjir.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan arahan itu bertujuan ringankan beban mangsa yang terkesan menjelang Aidilfitri minggu depan.
.....
Polis Selangor tugaskan lebih 700 pegawai dan anggotanya di beberapa lokasi untuk pastikan kelancaran aliran trafik sempena Aidilfitri.
Pihaknya berkata kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka akan keluar dan masuk ke Selangor menjelang Aidilfitri minggu depan.
.....
Dalam pada itu, polis Pulau Pinang maklumkan kira-kira 2.6 juta kenderaan dijangka memasuki negeri itu untuk sambutan Aidilfitri.
.....
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan larang penjualan alat optik dan kanta lekap secara dalam talian untuk keselamatan pengguna dan elakkan risiko kesihatan mata.
.....
Akhir sekali, MAHB maklumkan siasatan segera sedang dijalankan susulan ancaman siber pada 23 Mac yang jejaskan sistem komputer di KLIA.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca