← Back to list
SUHAKAM Sambut Baik Penambahbaikan SOSMA
Feb 20, 2025
SUHAKAM sambut baik langkah kerajaan untuk tambah baik Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (SOSMA).
Ini termasuk kajian semula kerajaan untuk benarkan tahanan SOSMA diikat jamin sementara menunggu proses undang-undang selesai.
Bagaimanapun pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus gesa kerajaan supaya mansuhkan SOSMA dengan mengambil contoh kejayaan Malaysia menghapuskan ISA.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri maklumkan kerajaan akan tambah baik Akta SOSMA untuk imbangkan keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu.
.....
Dalam perkembangan lain, SUHAKAM gesa Malaysia tingkatkan usaha diplomatik untuk merayu kepada Singapura agar hentikan hukuman mati terhadap banduan Malaysia, Pannir Selvam.
Pihaknya berkata hukuman mati mandatori berkenaan tidak selaras dengan standard hak asasi antarabangsa dan ianya turut nafikan hak hakim untuk menilai kes secara adil.
Sementara itu, Mahkamah Rayuan Singapura tangguh hukuman mati terhadap Pannir Selvam beberapa jam sebelum pelaksanaannya hari ini.
.....
Usahawan wanita di Malaysia diseru supaya lebih berani ambil risiko dan yakin dengan potensi diri dalam era digital ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan teknologi seperti e-dagang dan pasaran digital penting untuk pastikan perniagaan terus berkembang.
.....
Kerajaan putuskan caj kesesakan kepada pemandu yang masuk ke kawasan tertentu pada waktu puncak khususnya di Lembah Klang tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.
Menteri Pengangkutan berkata sistem pengangkutan awam perlu diperkasakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan caj kesesakan tersebut.
.....
Dan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa mesti pulangkan bayaran asal kepada penumpang jika penerbangan lewat lebih lima jam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca