← Back to list
KKM Sedia Teliti Semula Pengharaman Vape
Feb 03, 2025
KKM Sedia Teliti Semula Pengharaman Vape
KKM sedia untuk teliti semula pengharaman rokok elektronik atau vape secara menyeluruh di Malaysia.
Namun jelas Menteri Kesihatan, tumpuan kini diberikan kepada kawalan ketat termasuk pendaftaran wajib yang dikatakan telah menyebabkan 80 peratus produk vape dikeluarkan daripada pasaran.
Terdahulu, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri berkata agak sukar untuk kerajaan buat keputusan drastik mengharamkan vape sebaliknya yang lebih penting adalah aspek kawalan.
SPRM akan panggil beberapa selebriti dalam masa terdekat
SPRM akan panggil beberapa selebriti yang dilantik sebagai duta rasmi untuk promosikan syarikat perunding kewangan terbabit sindiket rasuah, dalam masa terdekat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata hasil semakan mendapati hasil siasatan mendapati syarikat terbabit sememangnya menjadikan individu popular untuk menarik perhatian ramai.
Tambahnya, selebriti terbabit ada yang terima bayaran antara RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh 1 hingga 2 tahun sebagai duta syarikat.
Kerajaan kaji impak DeepSeek terhadap Malaysia
Kementerian Digital sedang kaji impak platform AI sumber terbuka, DeepSeek terhadap Malaysia sebelum ia boleh disesuaikan untuk kegunaan tempatan.
Ini selepas DeepSeek mendapat perhatian seluruh dunia dan dikatakan mampu menandingi ChatGPT.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca