← Back to list
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak cecah hampir 13,000 orang
Feb 02, 2025
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin teruk.
Jumlah mangsa banjir di dua negeri itu kini merekodkan hampir 13,000 orang.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri arahkan NADMA terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terbabit di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
__
Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema di Shah Alam untuk siasatan babitkan isu keselamatan.
Ia berikutan kejadian seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelungsur air kaca yang terjatuh, Rabu lalu.
__
Dalam perkembangan lain, polis giat memburu tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di ibu kota, Rabu lalu.
Terdahulu, lima suspek kejadian berkenaan sudah ditahan.
__
Suspek yang juga suami kepada seorang wanita ditampar di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan yang tular baru-baru ini sudah ditahan.
__
Dan, pelawak dan pengacara Gegar Vaganza, Jihan Muse selamat melahirkan anak ketiganya seorang bayi lelaki.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca