← Back to list
Kes tembak Tanjung Rhu: PM beri jaminan siasatan telus
Jan 31, 2025
Malaysia beri jaminan siasatan insiden tembakan pendatang asing tanpa izin Indonesia babitkan pegawai APMM di perairan Tanjung Rhu, Banting akan dilakukan secara telus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya tidak mahu kejadian itu menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
Terdahulu, seorang PATI warga Indonesia terbunuh manakala 4 cedera selepas pegawai APMM melepaskan tembakan ke atas bot mereka susulan didakwa menceroboh perairan Malaysia.
Kejadian itu turut mencetuskan kemarahan sehingga sekumpulan penunjuk perasaan melemparkan telur ke Kedutaan Malaysia di Jakarta.
__
Lebih 4 juta pekerja akan menikmati kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 berkuat kuasa esok.
Kementerian Sumber Manusia berkata ia ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional.
Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja pula tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos nanti.
__
Dan, Naim Daniel lancar album mini berjudul 'Lelaki Gila' yang memuatkan lima buah lagu di semua platform muzik digital.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca